title bar

Tuesday, December 20, 2011

Tips Mencuci Hati

hari-hari kita tak pernah lepas dari m'buat salah & silap....
tp adakah kita membersihkan hati kita setiap kali?


walaupun saya masih dalam usah mentarbiyyah diri, kat sini saya kongsikan tips nk cuci hati kita

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama insan sekeliling kita setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. terutama ibu bapa kita & suami bagi yang telah berkahwin kerana redha ALLAH terletak pada mereka ^-^

nota hidup: terima kasih pada ALLAH yang memberi ilham & en. google ^-^

Friday, December 16, 2011

JAZAKALLAH KHAIR!!!

susahnya nk mentarbiyah diri ini...
nasib baik ada ALLAH swt dan kakak-kakak serta sahabat-sahabat yang membantu....
dalam jihad ini, saya sering pandang ke belakang...
tertanya-tanya....

adakah ini yang saya mahukan?

pandang ke hadapan semula...

YA, INSYA ALLAH! ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMA SAYA!

dalam proses mentarbiyah diri semakin banyak sahabat yang ALLAH hadirkan untuk membantu saya, alhamdulillah...

kepada kakak-kakak & sahabat-sahabat sekalian, terima kasih, saya sayang anda semua kerana ALLAH

JAZAKALLAH KHAIR! UHIBBUKI FILLAH!

nota hidup: masih memupuk istiqomah dalam diri, doakan saya berjaya dunia & lagilah di akhirat

nota tambahan: jumpa blog yang ada vlog-vlog best -----> klik sini!

Monday, November 28, 2011

suara

"suara" adalah salah satu cara kita m'yampaikn tguran...
bgusnya kita saling tegur-m'negur malah digalakkn antara kita utk saling m'ingatkn

Firman Allah bermaksud:
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah al-’Asr, ayat 1-3)

namun dalam kita menasihati bahasa dan adab dlm m'negur itu haruslah d patuhi...

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yabg lebih baik: sesungguhnya Tuhanmu Dia lah juayang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia la jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah al-Nahl, ayat 125)

tegur-menegurlah kita dengan bahasa yang paling baik dan menyenangkan...

^___^

sumber: sini & sini


Tuesday, August 16, 2011

Dendam & Amarah

selama kita hidup di bumi ALLAH swt pernah tak kita benci, marah atau berdendam dengan seseorang?

tipu la klau kata tak. saya sendiri pernah ada (mungkin masih, haish =.=") perasaan tue....

satu masa dulu saya pernah benci seseorang nie. nak tgok muka dia pon rasa menyampah sangat2, hish! memang berapi je...asal bukak mulut je, mesti nk caci maki dia....astagfirullahal'adzim....

kemudian, saya terbaca dua perkara ini....

1)hadis nabi

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim bahawa dia memutuskan persaudaraan lebih daripada tiga hari.” (Hadis riwayat sahih Bukhari dan Muslim)


2) cete pasal kentang busuk ----> klik sini

so, nak ke kita jadi macam tue?

SAYA TAK NAK!


sucikan hati kita supaya kita lebih tenang & bahagia

nota hidup: rujuk sini utk tips mencuci hati, insya ALLAH ^-^

nota tambahan: sumber cete kentang ---> terima kasih

Saturday, August 13, 2011

hAk oRaNg MiSkiN


Ramadhan tiba lagi,
sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, berderet-deret bazaar dibuka,
apa yang anda beli untuk juadah berbuka?
sekadar yang perlu atau mengikut hawa nafsu?


ingatlah Ramadhan adalah untuk kita mengawal nafsu bukan melayan nafsu
dan ingatlah dalam setiap rezeki kita ada hak orang miskin...

Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)
(surah Az-Zariyat, ayat19)

kredit: ALLAH swt & internet

Friday, August 12, 2011


Diriwayatkan daripada Thalhah bin Ubaidillah r.a katanya: Seorang penduduk Najd telah datang mengadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami kata-katanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang lima waktu sehari semalam. Lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah sembahyang lain yang diwajibkan kepada ku؟ Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada bulan Ramadhan. Lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa lain yang diwajibkan kepada ku؟ Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa sunat. Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang diwajibkan kepadaku؟ Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin mengeluarkannya secara sukarela iaitu sedekah. Kemudian lelaki itu beredar sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia amat beruntung sekiranya membenarkan iaitu menepati apa yang telah diucapkannya.

hUjAn


hujan membawa rahmat dan ALLAH swt tidak akan menolak doa hamba dalam rahmat-Nya

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah"

(Al- Qamar: 11)

Tuesday, August 9, 2011

sAmBuTLah SeRuAn~~


Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa Sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan Sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan. (Q.S. Al-Anfal 20-24)

Monday, August 8, 2011


Sabda Rasulullah saw:
" Kamu akan dapati sejahat-jahat orang ialah yang bermuka dua, yang datang ke sini dengan satu muka dan ke sana dengan
muka yang lain"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday, August 6, 2011

Janganlah kamu takut kecuali pada ALLAH swt

the best way to be brave is to face your fearness

(57) أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا

Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti” (QS al Isra:57).


the picture

if only a picture can tell ur heart words

surat cinta prolog

via http://www.alquran-melayu.com/1-al-fatihah/

AL-FATIHAH

[1]Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2]Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3]Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.