title bar

Tuesday, December 20, 2011

Tips Mencuci Hati

hari-hari kita tak pernah lepas dari m'buat salah & silap....
tp adakah kita membersihkan hati kita setiap kali?


walaupun saya masih dalam usah mentarbiyyah diri, kat sini saya kongsikan tips nk cuci hati kita

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama insan sekeliling kita setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. terutama ibu bapa kita & suami bagi yang telah berkahwin kerana redha ALLAH terletak pada mereka ^-^

nota hidup: terima kasih pada ALLAH yang memberi ilham & en. google ^-^

Friday, December 16, 2011

JAZAKALLAH KHAIR!!!

susahnya nk mentarbiyah diri ini...
nasib baik ada ALLAH swt dan kakak-kakak serta sahabat-sahabat yang membantu....
dalam jihad ini, saya sering pandang ke belakang...
tertanya-tanya....

adakah ini yang saya mahukan?

pandang ke hadapan semula...

YA, INSYA ALLAH! ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMA SAYA!

dalam proses mentarbiyah diri semakin banyak sahabat yang ALLAH hadirkan untuk membantu saya, alhamdulillah...

kepada kakak-kakak & sahabat-sahabat sekalian, terima kasih, saya sayang anda semua kerana ALLAH

JAZAKALLAH KHAIR! UHIBBUKI FILLAH!

nota hidup: masih memupuk istiqomah dalam diri, doakan saya berjaya dunia & lagilah di akhirat

nota tambahan: jumpa blog yang ada vlog-vlog best -----> klik sini!